Kisah nyata Seorang Penggali Kubur, Lihat Azab Orang Meninggal

3
Kisah nyata Seorang Penggali Kubur, Lihat Azab Orang Meninggal


PaparazyNews.NET – Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda itu berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT.

Saat Dia berkata; “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat – mayat tersebut,” terangnya seorang penggali kubur.

Seorang penggali kubur itu terus melanjutkan kisahnya.

” Karena hal itu, aku merasa insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat,” kata dia menyesal.

Yang pertama, ia melihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila menggali semula kuburnya pada waktu malam, wajah si mayat berubah membelakangkan kiblat.

” Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya seorang penggali itu kepada ahli ibadah.

Ahli ibadah itu menjawab pertanyaan sang penggali kubur yang telah insaf dan bertaubat.

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap Kiblat, bagi membedakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, menceritakan kisah selanjutnya.

” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahat. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku melihat wajah mereka telah berubah menjadi buruk. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut kembali membalas pertanyaan sang penggali kubur itu.

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan salat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya salat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika salatnya sempurna, maka sempurnalah amalan – amalan kita yang lain.” Ucap ahli ibadah.

Pemuda itu menyambung lagi, dengam pertanyaan selanjutnya.

” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa saja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, aku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu”.

Jawab lagi sang ahli ibadah tersebut.

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Kisah nyata ini merupakan sebagai kecil, peristiwa di dunia fana. Yang harus menjadi kesimpulan oleh semua manusia dimuka bumi ini, kapan kita kembali bertaubat dan menjadikan semua PerintahNYA serta Menjauhi LaranganNYA “ALLAH SWT” Tuhan yang Kita Sembah.

Tangerang, 08 Mei 2016
Penulis: Antoni Ray

Facebook Comments